ahahahah..
aku nk demam tgk coklat byk2...
- Kajian oleh Holland’s National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].
- Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
- Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
- Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
- Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) – pernah dengar “makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah“?
- Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
- Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
- Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.
Namun, coklat juga ada keburukannya..
- Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
- Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
- Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
- Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.
Jadi patutkah Aku dan Kamu berhenti makan COKLAT?
Seperti yang aku kata mula-mula tadi, ia bergantung pada jenis coklat yang hendak diambil. Aku simpulkan, bittersweet chocolate adalah yang paling sihat untuk dimakan, diikutisemi-sweet chocolate, sweet dark chocolate, dan dark chocolate. White chocolate dan milk chocolate harus dihindari kerana kedua-duanya kurang pepejal coklat (kurang khasiat), malah kaya dengan lemak (tenusu).
Tapi itu tidak bermaksud kita boleh memakan dark chocolatesesuka hati kita tanpa kawalan. Ini kerana dark chocolatemasih lagi mempunyai lemak tepu (saturated fat). Dan aku juga tidak menghalang ‘chocoholic‘ diluar sana untuk menikmati coklat kegemaran mereka. Berikut adalah tips berkenaan cara untuk mengawal pengambilan coklat dalam diet, khas buat chocoholic yang susah bebenor nak tinggalkan coklat.
- Beli coklat yang mengandungi pek-pek kecil di dalamnya. Contoh, mini pack M&M’s. Dan pastikan kita ambil tidak lebih dari satu mini pek sehari (purata).
- Baca label coklat terlebih dahulu, buat perbandingan jenama/produk mana yang mengandungi kurang fat. Tengok bahagian “calorie from fat” dan bandingkan dengan “total calorie“. Contoh, Produk A mengandungi 220kcal, dan 130kcal daripadanya ialah “calorie from fat“, manakala produk B mengandungi 230kcal, tetapi mengandungi 80kcal “calorie from fat“. Pilihlah produk B.
- Pilih coklat seperti ‘dark chocolate‘, elakkan ‘milk chocolate‘ dan ‘white chocolate‘. Rasanya kelat tak boleh blah? Jangan terus-menerus tukar, buat secara perlahan-lahan. Contoh, untuk permulaan beli kedua-dua ‘dark chocolate’ dan ‘milk chocolate’, dan makan kedua-duanya (kadar yang berpatutan). Ini untuk membiasakan anda dengan rasa yang-sedikit-kelat ‘dark chocolate’ tu, lama kelamaan, anda pasti terbiasa.
- Elakkan memilih coklat ‘nougat’/'bites’. Selalunya produk coklat sebegini mengandungi kadar gula yang berlebihan dan lemak bukan tenusu (seperti yang coklat murah yang aku cerita sebentar tadi), dan kandungan pepejel koko telah dikurangkan (kurang khasiat dari coklat yang kita cari).
- Kurangkan pengambilan coklat hari demi hari, sehingga satu tahap kamu hanya mengambilnya sekali seminggu. Buat secara perlahan-lahan (gradually). Rasa coklat yang dinikmati seminggu sekali adalah lebih bermakna dari yang dirasa hari-hari (lebih layan laa!).
P/S: “Betul, coklat ni simbol romantik? Aaaaa…”


0 comments:
Catat Ulasan